Pages

Thursday, 29 January 2015

Apa..Pergi Haji Lagi 65 Tahun!!


Assalamualaikum..

Apa khabar semua. Aisyah doakan pembaca semua sihat dan dimudahkan urusan oleh-Nya. Amin.

Baru-baru ni diawal tahun 2015 kita dikejutkan dengan berita dari pihak tabung haji berkenaan sesiapa yang mendaftar haji pada tahun ini (2015) giliran panggilan haji adalah lagi 65 tahun. Uisshhh lama tu. Saya ambil contoh kalau umur 30 tahun sekarang,pada umur 95 tahun baru dapat turn. Allah..lamanye kan.

Tapi jangan risau. Ini kan hanya anggaran sahaja. Seandainya Allah dah panggil, Insyallah kita dapat pergi dengan bagaimana cara tu Allah mudahkan. Tapi kena daftar dulu baru tawakal. Ini tak daftar tak boleh lah mengharapkan sesuatu berlaku. No no no..hehe



CARA-CARA DAFTAR HAJI

Saya nak pergi awal ketika muda, camna nak daftar haji? Ok, cara nak daftar haji mudah sahaja.

1- Sediakan RM1,300 dan bawa ke tabung haji.
2- Duit ini tak boleh digunakan,kiranya kita lock duit ni untuk pendaftaran haji SAHAJA. Sekiranya terdesak untuk menggunakannya, anda perlu daftar semula dan menunggu lagi 65 tahun untuk panggilan seterusnya.
3- Terima resit pink @ surat pendaftaran haji, dimana didalam surat pink tersebut akan ditunjukkan tarikh anggaran panggilan haji anda.

Cara anda nak dapatkan panggilan haji awal adalah dengan melakukan pendaftaran dengan SEAWAL MUNGKIN. Untuk pengetahuan, bayi yang baru lahir juga boleh melakukan pendaftaran haji. Cara ini Insyallah anak anda dapat pergi awal untuk haji. :) Mudahkan!!


CARA LAIN ADA TAK?

Saya tak cukup lagi simpanan untuk pendaftaran tu, camne? Eh jangan pulak tak daftar bila tak cukup. Selain tu anda boleh buat pendaftaran melalui KWSP. Caranya lagi mudah.

1- Print penyata KWSP terbaru anda
2- Bawa buku tabung haji (pastikan anda mendaftar dulu dengan tabung haji )
3- Bawa IC dan pergi ke tabung haji. Senang :)


TIPS DAFTAR ANAK-ANAK

Haa,yang ni paling mudah dan praktikal. Sebab apa, setiap anak tu membawa rezeki. Simpanan untuk anak ni lagi cepat berbanding kita yang dah jadi mak-mak ni.hehe.

1- Semasa kita berpantang, duit yang kita dapat tu simpan dalam tabung. Jangan usik-usik. :p
2- Duit yang dapat semasa kita buat majlis aqiqah. Ni pon sama,masukkan terus dalam tabung.
3- Duit semasa hari perayaan especially hari raya aidilfitri. Haa,time ni pon sama. Ambil dan simpan. Mak & ayah jangan usik nak beli baju anak pulak ye.
4- Then ambil semua duit simpanan tadi dan bawa ke tabung haji. Buka buku tabung haji untuk anak dan DAFTAR terus untuk anak. Silap-silap time ni mak & ayah tak perlu top up pendaftaran anak tadi, kan ibu bapa bijak tu :). Haa masa tu berdoa la semoga anakku ni dapat pergi awal. :)







Haa mudah kan. Dulu-dulu tahun awal 2000, sesiapa yang mendaftar tempoh panggilan haji dalam 3-4 tahun saja. Tetapi sekarang 65tahun. Alhamdulillah, tu menunjukkan rakyat Malaysia dah mula ada kesedaran.


Kami pon dah selamat daftar anak bujang kami Faris. Aisyah daftar masa dia berumur 8 bulan. Anggaran panggilan haji Faris pada umur 50 tahun. Mama doakan Faris dapat pergi menunaikan haji ketika masih sihat dan muda. Amin.

Semoga info ni dapat memberi manfaat kepada anda. Till meet again. :) 






1 comment:

  1. Salam. Hee insyaAllah kalo adarejeki leh pegi haji juga.

    ReplyDelete